My Add

Tuesday 15 January 2013

Tentera darat Perancis mula bergerak ke Mali

BAMAKO, SELASA, 15 Januari, 2013: Tentera Perancis mula menggerakkan pasukan darat ke Mali selepas menggempur kedudukan kubu-kubu kuat kumpulan pemberontak yang diketuai militan al-Qaeda di utara negara ini semalam.

Menurut Kementerian Pertahanan Perancis, kira-kira 650 askar negara itu telah tiba di Mali untuk menyerang kumpulan-kumpulan pemberontak yang berundur dari kubu kuat mereka di Timbuktu, Douentza dan beberapa pekan lain.

Menurut saksi, sekurang-kurangnya 30 kereta kebal Perancis dan sejumlah lori tentera dilihat menyeberangi Ivory Coast menuju Mali, diiringi sebuah helikopter penggempur semalam. - AFP

No comments:

Post a Comment