My Add

Tuesday 15 January 2013

35 perkataan dilarang diguna bukan Islam di Pahang

ZAMZURINA AHMAD

PEKAN, SELASA, 15 Januari, 2013: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sejak 24 tahun lalu telah menyenaraikan 35 perkataan dan perbahasaan yang tidak boleh dikaitkan dengan agama lain kecuali Islam.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (gambar) berkata, semua perkataan dan perbahasan tersebut termaktub dalam Seksyen 9, Enakmen 5 Tahun 1989 di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama bukan Islam.

“Seharusnya perkara itu jelas dan tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana perkataan serta perbahasan tersebut termasuk kalimah Allah dilulus dan diwartakan oleh Dewan Undangan Negeri pada 13 Mac 1989.

“Perkataan yang tidak boleh dikaitkan dengan agama lain ialah Allah, firman Allah, ulama, hadis, ibadat, kaabah, kadi, ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haj, mufti, rasul, iman, dakwah, injil, solat, khalifah, wali, fatwa, khutbah, nabi dan tabligh.

“Manakala perbahasan ialah Subhanallah, Alhamdulilah, Lailahaillah, Walillailhamd, Allahu Akbar, Insya Allah, Astagfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masya Allah dan Lahaula Walaquata Illabilahilaliyil Azim," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment