My Add

Friday 11 January 2013

Tentera India tembak mati askar Pakistan

ISLAMABAD,  JUMAAT, 11 Januari, 2013: Pihak tentera Pakistan hari ini menuduh tentera India menembak mati seorang askar negara ini, semalam, kematian ketiga membabitkan insiden tembakan di sempadan antara kedua-dua negara di wilayah bergolak Kashmir.

Tentera Pakistan dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang dikenali pasti sebagai Havildar Mohyuddin, terbunuh selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh tentera India di Battal kira-kira pukul 2.40 petang (7.40 malam waktu Malaysia) semalam.

“Tentera India sengaja melakukan tindakan provokasi dengan melepaskan tembakan ke arah pos tentera Pakistan, Kundi sehingga menyebabkan seorang anggota tentera negara ini terkorban," jelas kenyataan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment