My Add

Tuesday 22 January 2013

Tunku Aziz: Hentikan 'ganggu' umat Islam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengingatkan DAP supaya berhenti 'mengganggu' ketenteraman orang Islam di negara ini ter-utama dengan desakan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang mahu bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Beliau berkata, Guan Eng sengaja mencampur-aduk isu politik dengan agama untuk memecahbelahkan perpaduan selain mengakibatkan percakaran antara pemimpin Islam.

"Apa hak Guan Eng untuk campuri urusan orang Melayu dan Islam? Apa kelayakan beliau? Arif sangatkah beliau dengan Islam? Saya sendiri orang Melayu dan tidak suka orang 'luar' sepertinya untuk mencampuri urusan yang berkait dengan agama kami.

"Adakah sesuatu keterlaluan untuk meminta Guan Eng serta konco-konconya untuk tidak mengganggu orang Melayu dan agama mereka? Janganlah hanya kerana mahu menang pilihan raya, sanggup mempergunakan isu ini. Saya tidak pasti apa agenda beliau tetapi ingin saya ingatkan, buruk padahnya jika berterusan menimbulkan isu menyentuh sensitiviti kaum Melayu," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment