My Add

Tuesday 22 January 2013

Perkasa tidak berniat menyinggung orang Kristian

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Gesaan membakar Bible versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah dan menggunakan tulisan jawi bukan bertujuan menyinggung perasaan penganut Kristian tetapi sebagai reaksi terhadap mereka yang cuba melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, gesaan itu disuarakan bagi menyedarkan pihak yang cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam.

"Kita menghormati agama Kristian dan bukan niat saya menyinggung atau menyakiti orang lain. Kita banyak bertolak ansur.

"Namun apabila kita menyuarakan reaksi terhadap perbuatan pihak tertentu menyebarkan Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang, ramai yang melenting," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment