My Add

Tuesday 22 January 2013

Karpal usah campur - Nasrudin

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membidas tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu berhubung penggunaan kalimah suci Allah.

Ketika bangkit mempertahankan keputusan majlis itu, ketuanya, Nasrudin Hassan menegaskan Karpal tidak harus mencampuri perkara yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas iaitu kalimah Allah hanya untuk agama Islam.

"Saya bersama Pemuda Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diputuskan sebulat suara. Karpal Singh usah campur," katanya kepada Utusan Malaysia dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Karpal yang mahu Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment