My Add

Tuesday 15 January 2013

UMNO Kedah kesal pelajar universiti sertai perhimpunan

ALOR SETAR, ISNIN, 14 Januari, 2013: UMNO Kedah melahirkan rasa kesal kerana perhimpunan anjuran pembangkang di Kuala Lumpur, Sabtu lalu turut disertai anak-anak muda yang merupakan penuntut universiti.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, terdapat sebilangan anak muda itu yang masih belajar di beberapa universiti menyertai perhimpunan itu walaupun pada masa sekarang adalah musim peperiksaan.

Katanya, itu membuang masa memandangkan mereka sepatutnya mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan.

"Apa untungnya pelajar itu menyertai perhimpunan berkenaan, yang mana lebih penting berdemonstrasi atau belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang," katanya di sini hari ini mengulas tentang perhimpunan yang diadakan oleh parti pembangkang di Stadium Merdeka, Ahad lepas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment