My Add

Tuesday 15 January 2013

PRU-13: Permatang Pauh kena 'tempias'

BUKIT MERTAJAM, ISNIN, 14 Januari, 2013: Permatang Pauh antara kawasan yang dijangka menerima 'tempias' akibat perubahan besar corak politik di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Muhammad Nasir Abdullah berkata, rakyat di kubu kuat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kini mulai sedar bahawa wakil rakyat mereka gagal membawa kemajuan di situ.

Menurutnya, Anwar selama ini hanya memainkan sentimen dan tidak berusaha untuk mengubah nasib rakyat menjadi lebih baik.

"Permatang Pauh sudah tidak kuat buat Anwar. Dia hanya kuat dari segi sentimen tetapi dari segi kerja, tidak buat apa-apa.

"Berbeza dengan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO di mana setiap minggu kita turun padang bertemu rakyat dan memberi sumbangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment