My Add

Tuesday 15 January 2013

URB berjaya kurangkan kadar jenayah di Pulau Pinang

 *BUKIT MERTAJAM 15 Jan. - KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi beramah mesra bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya ketika menyertai lawatan Unit Rondaan Bermotosikal ke sekolah itu di Permatang Pauh di sini hari ini. UTUSAN/NORAZLINA ISMAIL

BUKIT MERTAJAM, SELASA, 15 Januari, 2013: Kewujudan Pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan perumahan di negeri ini berjaya menurunkan kadar jenayah di kawasan rondaan unit itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini 10 kawasan perumahan yang terlibat dalam program URB hanya mencatat tiga kes jenayah.

"Maklum balas yang kami terima daripada masyarakat juga positif kerana kehadiran polis berjaya mengurangkan perasaan takut mereka terhadap jenayah," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya (SKPJ), di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment