My Add

Saturday 19 January 2013

Usah tertipu helah pembangkang

Oleh AIN SAFRE BIDIN 

BAGAN DATOH , JUMAAT,18 Januari, 2013: Rakyat diingatkan tidak terpedaya dengan helah pembangkang yang cuba memesongkan fikiran umum dengan mempolitikkan isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, RCI itu tidak menjadi kesalahan selagi proses memberikan hak kerakyatan kepada warga asing dibuat mengikut lunas undang-undang malah negara lain seperti Singapura turut berbuat demikian.

"Jangan memesongkan pandangan rakyat terhadap sesuatu yang tidak menjadi isu tetapi dijadikan isu demi kepentingan pembangkang untuk meraih undi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya mahu rakyat berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima hakikat Barisan Nasional (BN) selama 55 tahun memerintah telah melakukan sebaik-baiknya untuk seluruh rakyat," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment