My Add

Tuesday 22 January 2013

Showcase Anak Muda tarik minat intelektual belia

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Showcase Anak Muda perlu diperluaskan ke seluruh negara kerana mampu menjadi medium intelektual dan interpretasi baharu buat golongan belia.

Salah seorang pengunjung, Mohd. Najib Jamal, 15, berkata, program seumpama itu dilihat mampu menarik lebih ramai penglibatan golongan muda berikutan konsep unik yang diketengahkan.

Katanya, selama ini acara pentas lebih mengutamakan hiburan semata-mata yang adakalanya tidak bersesuaian ditonton anak muda terutamanya golongan pelajar.

"Bagaimanapun, program pada hari ini benar-benar menarik minat saya kerana mesej yang ingin disampaikan jelas dan tidak bertentangan dengan usia serta pemikiran anak muda," katanya ketika ditemui di Taman Medan, Petaling Jaya dekat sini, semalam.

Showcase Anak Muda memulakan siri jelajah pertamanya di Taman Medan bagi memberi ruang memperkenalkan produk seni, pemikiran intelek dan aktiviti kemanusiaan kepada masyarakat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment