My Add

Thursday 29 August 2013

37 terkorban nahas bas di Kenya

NAIROBI, RABU, 29 Ogos, 2013 Sekurang-kurangnya 37 orang terkorban dalam nahas bas yang terjunam ke dalam gaung di barat Nairobi hari ini, kata polis.

Pegawai trafik, Samuel Kimaru berkata, mayat mangsa bertaburan di merata tempat dalam nahas ngeri itu.

Daripada jumlah itu, seramai 33 adalah orang dewasa manakala empat lagi adalah kanak-kanak.

Bas berkenaan dalam perjalanan dari Nairobi ke Homa Bay di tepi tebing Tasik Victoria pada mulanya terbabas dan kemudiannya terjunam ke dalam gaung serta bergolek beberapa kali. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment