My Add

Thursday 29 August 2013

86 peratus pelaburan terancang ETP dicapai - Idris Jala

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Kira-kira 86 peratus daripada RM25.42 bilion nilai pelaburan terancang di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi 2011 dan 2012 telah dicapai.

84 peratus daripada RM16.64 bilion pelaburan terancang telah dilaksana untuk 2011 manakala 88 peratus daripada RM12.99 bilion nilai projek telah dilaksana untuk 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Idris Jala berkata, pencapaian itu berada pada kadar yang baik dan berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran 2013 dan tahun-tahun berikutnya..

Bagaimanapun, beliau menjelaskan negara bakal menghadapi persekitaran ekonomi yang mencabar untuk baki tahun ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment