My Add

Thursday 29 August 2013

Ribut Juliette badai pesisir pantai Mexico

MEXICO CITY, KHAMIS, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Ribut Tropika Juliette membadai pesisir pantai Mexico hari ini sekali gus mengancam industri pelnacongan di Cabo San Lucas, kata pegawai tempatan.

Sehingga jam 6 pagi (waktu tempatan), ribut itu berada di Lautan Pasifik kira-kira 150 kilometer di barat laut Cabo San Lucas dan bergerak menuju ke barat laut dengan kelajuan 37 kilometer sejam, kata Pusat Taufan Kebangsaan AS di Mexico.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Mexico meramalkan ribut itu menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan ombak besar di luar pantai Baja California.

Terdahulu, kira-kira 5,000 orang diberi amaran supaya berpindah untuk mendapatkan perlindungan. AFP/BH 

No comments:

Post a Comment