My Add

Thursday 29 August 2013

Jerebu di utara Semenanjung beransur pulih pagi ini

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan utara Semenanjung terutama di Kedah dan Pulau Pinang sejak semalam bertambah baik hari ini dengan kualiti udara berstatus sederhana.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Bakar Arang di Sungai Petai, Kedah yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 104 iaitu tidak sihat, semalam, beransur pulih hari ini dengan mencatat bacaan 65 (sederhana) pada jam 11 pagi.

Kawasan Seberang Jaya 2, Pulau Pinang juga menunjukkan penurunan kadar IPU iaitu 103 pada petang semalam kepada 73 (sederhana) pada 11 pagi tadi.

Negeri lain di seluruh negara rata-rata mencatat IPU sederhana dan baik.
Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment