My Add

Thursday 29 August 2013

Bank Rakyat nafi beli mana-mana bank Islam

Oleh AZMAN IBRAHIM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) menafikan dakwaan bahawa pihaknya sedang merancang untuk membeli mana-mana institut perbankan Islam bagi mengembangkan operasi perniagaannya di negara ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd. Razak berkata, pihaknya tidak pernah mempunyai perancangan untuk berbuat demikian.

Malah, katanya, Bank Rakyat juga tidak pernah berunding dengan mana-mana pihak berhubung pembelian itu.

"Berita itu hanya khabar angin semata-mata dan ternyata hal itu tidak benar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Bank Rakyat di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek serta Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Pada masa ini, terdapat dua perbankan Islam tempatan yang berdiri sendiri iaitu Bank Muamalat (M) Bhd. dan Bank Islam Bhd.

Selain dua bank tersebut, bank-bank lain turut mempunyai cabang perbankan Islam seperti Maybank Islamic Bhd., CIMB Islamic Bhd., RHB Islamic dan lain-lain. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment