My Add

Thursday 29 August 2013

Duta Syria dakwa askar Syria diserang gas beracun

NEW YORK, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Wakil khas Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mendakwa puluhan askar Syria diserang dengan gas beracun dalam kejadian terbaru di negara itu.

Duta Syria di PBB, Bashar Jaafari memberitahu pemberita, beliau sudah meminta Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon supaya melanjutkan mandat pasukan penyiasat PBB mengenai senjata kimia di Syria bagi menyiasat insiden terbaru itu.

Katanya, puluhan askar Syria kini dirawat di hospital selepas serangan pada 22, 24 dan 25 Ogos di pinggir Damsyik.

Jaafari bagaimnapun tidak memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian terbaru itu.

Beliau berkata demikian dalam perbincangan pertama wakil PBB membabitkan Britain, Perancis, China, Russia dan Amerika Syarikat mengenai draf Majlis Keselamatan yang dibentang Britain bagi mengutuk dakwaan penggunaan senjata kimia dalam serangan di Damsyik pada 21 Ogos lalu.

Negara barat kini menyalahkan rejim tentera Presiden Bashar al-Assad berhubung penggunaan senjata kimia dalam konflik negara itu. - AFP/BH 

No comments:

Post a Comment