My Add

Thursday 29 August 2013

49 kongsi gelap boleh dikenakan tindakan dua akta

Oleh NORAZRIN MARZUKI

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Sebanyak 49 kumpulan kongsi gelap berbahaya yang telah dikenal pasti boleh dikenakan tindakan di bawah dua akta yang diperuntukkan iaitu Akta Pencegahan Jenayah dan Akta Pertubuhan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua akta itu akan diguna pakai berikutan kesemua kumpulan tersebut telah diwartakan sebagai pertubuhan haram yang menjalankan aktiviti jenayah berbahaya.

Nama kesemua 49 kongsi gelap itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi di Putrajaya hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment