My Add

Thursday 29 August 2013

Keputusan umum senarai kongsi gelap tidak terlalu cepat: PM

PUTRAJAYA, KHAMIS, 29 Ogos, 2013:: Datuk Seri Najib Razak tidak menganggap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan nama 49 kongsi gelap hari ini sebagai tindakan terlalu cepat meskipun Ops Cantas baru dilancarkan 23 Ogos lalu.

Perdana Menteri berkata, ini kerana rakyat mengharapkan tindakan yang tegas diambil selepas berlakunya peningkatan laporan jenayah kekerasan akhir-akhir ini.

"Rakyat mengharapkan tindakan yang tegas diambil dan berkesan. Jadi ini semua adalah ketetapan yang dibuat oleh kerajaan supaya sesuatu dapat kita lakukan secara bersungguh-sungguh dan komprehensif melalui Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di pejabatnya di sini, hari ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mengumumkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap itu yang dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1)Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment