My Add

Thursday 29 August 2013

Doughlas, Zeta-Jones berpisah selepas 13 tahun

 *PASANGAN terkenal Hollywood, Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones akhirnya berpisah selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.
NEW YORK, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Aktor Michael Douglas dan isterinya, aktres Catherine Zeta-Jones dilaporkan berpisah selepas hampir 13 tahun berkahwin.

Majalah People melaporkan, pasangan itu sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu selepas dikesan masing-masing sering menghadiri acara karpet merah secara bersendirian.

"Douglas dan Zeta-Jones inginkan sedikit ruang dan masa dalam hubungan mereka," menurut sumber yang dipetik oleh People.

Pasangan itu bagaimanapun, belum memfailkan tuntutan cerai secara rasmi. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment