My Add

Thursday 29 August 2013

 TPM tidak akan tunduk desakan pihak yang tentang pelaksanaan PPPM

PUTRAJAYA, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmennya untuk tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang menentang pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Hasan Mad selepas mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

Hasan berkata, Muhyiddn menyatakan tidak ada sebab untuk mana-mana pihak menolak dasar pendidikan baru itu kerana ia merangkumi kepentingan semua kaum dan perpaduan nasional, selain sudah mendapatkan maklum balas daripada semua pihak.

Katanya, pertemuan yang turut dihadiri 10 wakil NGO itu turut turut menyerahkan resolusi yang dicapai pada Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaaan yang diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin. - BH

No comments:

Post a Comment