My Add

Thursday 29 August 2013

Najib umum peluang pelaburan RM4.2 bilion bagi syarikat Bumiputera

 *NAJIB pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di sini. hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
PUTRAJAYA, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan tambahan RM4.2 bilion nilai peluang dalam empat lagi projek mega untuk syarikat-syarikat Bumiputera melalui peruntukan khas Bumiputera.

Perdana Menteri berkata kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif peruntukan khas Bumiputera dengan mewujudkan peluang kepada syarikat-syarikat menyertai empat lagi projek mega iaitu Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, Pembangunan Tanah RRI Sungai Buloh dan Pusat Pameran Matrade.

Sebanyak 40 peratus daripada nilai projek ini diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera yang secara langsung membuka peluang kontrak bernilai RM4.2 bilion, kata beliau ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di sini hari ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment