My Add

Sunday, 24 November 2013

DHPP tegur Pas terlalu harap DAP

SHAH ALAM, SABTU, 23 November, 2013: Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) mengingatkan pucuk pimpinan parti itu agar jangan hanya bergantung sepenuhnya kepada DAP untuk meraih sokongan masyarakat Cina.

Ketuanya, Hu Pang Chau berkata, Pas sepatutnya menggembeling kekuatan dan potensi yang ada pada DHPP dalam usaha meraih sokongan masyarakat Cina sesuai dengan kedudukannya sebagai cabang parti.

"Apabila tiba pilihan raya, lupa kepada DHPP sebaliknya lebih suka cari DAP kerana katanya DAP mampu meraih dan menarik sokongan masyarakat Cina kepada Pas. Keadaan ini perlu diperbetulkan segera.

"Kalau sudah berkahwin dengan Aminah, jangan lagi kita ingat kepada Fatimah," katanya semasa membahas ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan Pas Ke-59 di Stadium Malawati di sini hari ini.

Dalam pada itu Pang Chau mencadangkan kepimpinan Pas pusat menambah satu lagi kerusi bagi jawatan Naib Presiden untuk diisi wakil muslimat sebagai tanda penghargaan parti kepada kaum wanita.

Katanya, sudah tiba masanya Pas mengangkat perjuangan muslimat pada kedudukan lebih tinggi berbanding sekarang sekali gus muncul sebagai parti peneraju dalam memartabat golongan wanita. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment