![]() |
* G. Asoghan menunjukkan senarai nama perwakilan Pulau Pinang yang tertera nama Lim Kit Siang dalam sidang akhbar di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. |
Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, secara logik, Kit Siang yang sebelum ini menjadi wakil rakyat selama dua penggal di Perak dan kini Ahli Parlimen Gelang Patah, Johor sepatutnya tidak lagi menjadi perwakilan negeri ini.
Menurutnya, keadaan itu jelas menunjukkan Kit Siang mahu memastikan anaknya, Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri terus menjadi pemimpin utama parti.
"Baru-baru ini saya ditunjukkan senarai nama perwakilan Pulau Pinang dan saya dapati Kit Siang masih menjadi perwakilan Cawangan Kampung Kolam.
"Dia sepatutnya menjadi perwakilan di Johor bukan negeri ini. Seolah-olah sebelah kakinya ada di Johor, sebelah lagi di sini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kit Siang dipilih sebagai Ahli Parlimen Tanjung dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Kolam di sini dari 1986 hingga 1989.
Pada 1990, beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Padang Kota di sini sehingga 1995.
Pada 2004, Kit Siang dipilih sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur, Perak dan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, beliau menang di Parlimen Gelang Patah.
Asoghan menambah, sekiranya Dinasti Lim terus berkuasa, tidak hairan sekiranya pemimpin kaum India yang ada dalam DAP sekarang akan hilang jawatan masing-masing. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment