My Add

Saturday, 23 November 2013

Hadi ulas kemenangan anak, menantu

SHAH ALAM, JUMAAT, 22 November, 2013: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan anaknya, Mohd. Khalil dalam pemilihan parti semalam sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas dan menantu, Zaharuddin Muhammad bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas bukan disebabkan pengaruhnya sebagai Presiden parti.

Beliau menganggap kesemua anggota Pemuda Pas adalah anak-anaknya sendiri sekali gus tidak timbul soal kemenangan dua pemimpin Pemuda Pas itu disebabkan hubungan pertalian keluarga dan keturunan.

''Saya tidak berkempen pun untuk mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Ke-59 di Stadium Malawati di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung parti, Datuk Mustapa Ali.

Dalam pemilihan sayap parti itu semalam, Mohd. Khalil yang membawa imej ulama mendapat 355 undi sekali gus berjaya mengalah Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub yang meraih 282 undi manakala Zaharuddin mendapat tempat dalam barisan terbaharu AJK Pemuda Pas. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment