Pas akan bincang dengan DAP
SHAH ALAM, JUMAAT, 22 November, 2013: Pas akan mengadakan perbincangan di peringkat dalaman dengan sekutunya DAP bagi meneliti masalah yang timbul di Pulau Pinang ekoran beberapa tindakan kerajaan negeri tersebut yang dilihat tidak mengambil kira kedudukan Pas sebagai rakan dalam pakatan pembangkang.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat cuba menyembunyikan masalah dalaman dengan DAP di Pulau Pinang berkata, pihaknya menyifatkan banyak perkara positif dapat dilakukan di negeri tersebut melalui penyertaan Pas dalam pakatan.
Namun beliau tidak menafikan masih terdapat perkara yang tidak sempurna dalam perjalanan hubungan antara parti tersebut dengan kerajaan DAP Pulau Pinang.
''Saya menghargai rakan-rakan (pakatan pembangkang) daripada Pulau Pinang yang memberi satu tempat yang besar kepada Pas, memberi satu kerusi sahaja tetapi peranan yang diberi sangat besar.
''Untuk mengisi peranan itu sudah tentulah ada masalah yang belum selesai. Masalah itu akan diselesaikan secara dalaman, bukan melalui media," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Ke-59 di Stadium Malawati di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment