My Add

Friday 8 November 2013

TLDM cadang miliki helikopter antikapal selam

LUMUT, KHAMIS, 07 Novenver, 2013:Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk memperoleh helikopter anti kapal selam bagi meningkatkan keupayaan armada pasukan itu.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata ia juga bagi memastikan TLDM kekal relevan selari dengan arus pemodenan semasa.

"Sekurang-kurangnya enam pesawat anti kapal selam diperlukan bagi penubuhan satu skuadron.

"Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, Sabah akan dijadikan penempatan untuk penubuhan skuadron pesawat itu di mana dua kapal selam negara turut ditempatkan di situ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan 25 tahun Jubli Perak Cawangan Udara TLDM di Pangkalan TLDM di sini, hari ini.

Pangkalan TLDM Kota Kinabalu kini menempatkan dua kapal selam negara jenis Scorpene buatan Perancis iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment