My Add

Saturday, 29 March 2014

India hargai cara Malaysia kendali tragedi MH370 - Duta

SUBANG, JUMAAT, 28 Mac, 2014: Kerajaan India menzahirkan penghargaan kepada Malaysia berhubung caranya mengendalikan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang disifatkannya sebagai 'tugas amat penting.'

Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, T. S. Tirumurti berkata, adalah penting untuk menghargai peranan kerajaan Malaysia dalam insiden luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata demikian pada majlis perpisahan untuk pesawat India, C-130J, satu daripada dua pesawat dihantar kerajaan India untuk menyertai misi mencari MH370, di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

"Kami semua memahami kesukaran dihadapi kerajaan Malaysia sejak dua minggu lepas atau lebih. Presiden India juga telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong, bukan sahaja menzahirkan rasa simpati dan takziah, tetapi juga penghargaan kepada kerajaan Malaysia bagi segala usaha dilakukan mereka," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment