My Add

Friday, 28 March 2014

MH370: Satelit Jepun kesan 10 objek terapung

TOKYO, JUMAAT, 28 Mac, 2014: Satelit Jepun mengesan kira-kira 10 objek terapung di kawasan perairan barat daya Australia, dipercayai serpihan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Agensi berita Kyodo hari ini melaporkan, imej satelit berkenaan dikesan kira-kira 2,500 di barat daya Perth, dengan ukuran 26.4 meter panjang dan empat meter lebar.

Jelas laporan tersebut, imej satelit yang dikeluarkan oleh Pusat Perisikan Kabinet Satelit Jepun itu diambil antara pukul 9 pagi dan 4 petang, kelmarin.

“Jepun telah menyerahkan maklumat terbaharu itu kepada kerajaan Malaysia untuk tindakan lanjut," lapor Kyodo. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment