My Add

Friday, 28 March 2014

MH370: Puteri UMNO Johor anjur solat hajat, bacaan yasin

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD

BATU PAHAT, JUMAAT, 28 Mac, 2014: Nasib penumpang dan anak kapal pesawat malang, Malaysia Airlines (MAS) MH370 tidak pernah luntur daripada ingatan orang ramai apabila solat hajat memohon petunjuk daripada Allah agar dipermudahkan segala urusan terus diadakan.

Puteri UMNO Johor antara yang tidak terkecuali menganjurkan majlis tersebut dengan mengadakan solat hajat dan majlis bacaan yasin sebagai inisiatif bagi membantu usaha menemui pesawat itu atau bukti berkaitan dengan segera.

Ketuanya, Rohaizah Ahmad berkata, majlis itu sebahagian daripada usaha pihaknya bagi menyatakan simpati terhadap keluarga mangsa, selain menyahut saranan pemimpin negara yang meminta solat hajat diteruskan.

"Kami memahami keperitan yang sedang dilalui ahli keluarga semua mangsa yang terlibat dengan kejadian itu, malah seluruh rakyat Malaysia turut merasainya dan sebab itu kami menganjurkan majlis ini untuk bersama-sama membantu.

"Puteri UMNO Johor juga amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien serta semua yang terlibat untuk mencari jawapan kepada isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai kira-kira 100 ahli Puteri negeri termasuk ketua-ketua bahagian dalam majlis yang dipimpin oleh Pegawai Pentafsir al-Quran, Pejabat Kadi Batu Pahat, Siti Mariam Khalid di Masjid Sultan Ismail, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
6
557










Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140328/dn_36/MH370-Puteri-UMNO-Johor-anjur-solat-hajat--bacaan-yasin#ixzz2xH1Eyq4k
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment