Politik isu MH370: Polis siasat jika ada laporan
Oleh ANGELINA SINYANG
MUKAH, JUMAAT, 28 Mac, 2014: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis boleh menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mempolitikkan isu pesawat Malaysia Airlines (MAS) jika menerima laporan.
"Kita berasa kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab mempolitikkan isu pesawat ini tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga penumpang dan kru terlibat dalam tragedi tersebut sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.
"Kalau ada yang tampil membuat laporan mengenai kenyataan berbaur provokasi tersebut, pihak polis boleh menjalankan siasatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment