My Add

Friday, 28 March 2014

MH370: MAS bawa keluarga ke Perth jika serpihan ditemui

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 Mac, 2014: Malaysia Airlines (MAS) akan menerbangkan anggota keluarga penumpang serta kru penerbangan MH370 ke Perth, Australia jika ada serpihan sahih ditemui.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, MAS juga berterima kasih kepada kerajaan Australia yang mengecualikan bayaran visa bagi keluarga yang terlibat dalam tragedi itu.

"Sejak penemuan satelit menunjukkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi berhampiran Australia, kerajaan Australia memberi sokongan yang padu kepada MAS, daripada menyelaraskan usaha pencarian pesawat kepada menawarkan pengecualian bayaran visa.

"Kami amat menghargai sokongan itu," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Sejak penemuan awal pada 16 Mac lepas, lebih banyak objek dikesan oleh satelit dengan terbaharu oleh satelit Thailand yang mencerap imej kira-kira 300 objek bersaiz dua hingga lima meter terapung kira-kira 200 kilometer dari lokasi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi.

Sehari sebelum itu pada 23 Mac, satelit Perancis mengesan 122 objek terapung di sekitar kawasan pencarian.

Sementara itu, Ahmad Jauhari berkata MAS berterima kasih atas sokongan yang diterima daripada kerajaan di seluruh dunia. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment