My Add

Saturday, 29 March 2014

Pelarian Yarmouk terpaksa makan rumput

DAMSYIK, jumaat, 28 Mac, 2014: Penderitaan beribu-ribu orang terperangkap dalam kem pelarian di Yarmouk berhampiran Damsyik bertambah buruk apabila kumpulan militan Takfiri terus mengganggu operasi bantuan kemanusiaan, lapor stesen televisyen, Press TV.

Keadaaan itu menyebabkan beberapa keluarga yang terperangkap dalam kawasan itu mengalami kekurangan makanan serta bantuan perubatan yang semakin membimbangkan, krisis kemanusiaan semakin buruk di kawasan berkenaan.

Seorang penduduk Yarmouk berkata, mereka kini terpaksa makan rumput selepas ketiadaan bekalan makanan dan minuman.

"Keadaan di sini amat teruk. Tiada lagi makanan dan minuman, orang ramai terpaksa makan rumput, kami sudah hilang harapan," katanya.

Kumpulan Takfiri yang melancarkan serangan mortar ke atas kem pelarian tersebut menghalang sebarang pengagihan bantuan kemanusiaan daripada kerajaan Syria dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pejuang Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin-Pemerintah Umum (PFLP-GC) telah ditempatkan berdekatan khemah bagi menangani serangan kumpulan pelampau.

Seorang pejuang Palestin memberitahu Press TV, kumpulan-kumpulan militan termasuk kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda, terus melancarkan mortar di Yarmouk.

Hampir 4,000 penduduk yang mengalami penyakit serta tercedera telah dipindahkan dari kem pelarian Palestin itu sejak awal tahun ini.

Takfiri telah mencabuli sekurang-kurangnya tiga perjanjian gencatan senjata dengan kerajaan Syria dan Palestin bagi menamatkan keganasan di Yarmouk.

Dilaporkan banyak nyawa terkorban di Yarmouk dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan kekurangan makanan dan bekalan perubatan di dalam kem itu. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment