My Add

Saturday, 29 March 2014

Keluarga Shalwati reda keputusan mahkamah walaupun pahit

KOTA BHARU, JUMAAT, 28 Mac, 2014: Seluruh keluarga Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nor Shal reda menerima keputusan Mahkamah Daerah Solna, Stockholm memenjarakan pasangan tersebut atas pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera walaupun pahit untuk diterima mereka.

Adik kepada Shalwati, Shaleena, 43, berkata, keputusan itu telah dijangka oleh mereka sekeluarga namun sebagai manusia biasa perasaan sedih itu tetap ada apabila dimaklumkan oleh abangnya, Badrul Hisham Mahzan, 55, yang kini berada di Sweden melalui aplikasi WhatApps kira-kira 6.15 petang tadi.

Katanya, hukuman penjara tersebut boleh dikatakan sudah minimum kerana pihak pendakwa raya sebelum itu memohon mahkamah memenjarakan pasangan tersebut untuk tempoh dua tahun enam bulan dan jika mereka berkelakuan baik, hukuman tersebut mungkin boleh dikurangkan lagi. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment