My Add

Tuesday 3 July 2012

Sindiket curi data akaun bank, kad kredit tumpas

NIBONG TEBAL, ISNIN, 02 Julai, 2012: — Polis berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri data akaun bank dan kad kredit yang bergiat aktif di negeri ini sejak tahun lepas selepas menahan tiga lelaki dalam satu serbuan pada 22 Jun lalu.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan sejak enam bulan lepas, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Pulau Tikus, dekat sini dan menahan tiga lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

"Modus operandi yang digunakan sindiket itu adalah memasang satu alat tambahan pembaca magnetik yang menyerupai slot kemasukan kad Mesin Juruwang Automatik (ATM) bagi mendapatkan data kad debit dan kredit pelanggan bank.

"Mereka juga akan memasang satu unit kamera yang menggunakan bateri telefon bimbit atau kamera jenis tanpa wayar di mesin ATM berkenaan bagi merakam nombor pin yang dimasukkan pelanggan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan (SPS), di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment