My Add

Friday 27 July 2012

1,246 lagi ditawar ke IPTA

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Seramai 1,246 pelajar tingkatan enam dan matrikulasi yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas akan ditawarkan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Pengumuman itu dibuat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan syarat semua pelajar terbabit tidak boleh memilih bidang dan universiti yang ditawarkan.

Katanya, surat tawaran akan dikeluarkan pada pertengahan Ogos ini dan kesemua mereka yang menerima tawaran itu boleh mendaftar masuk pada 1 dan 2 September ini.

"Kesemua mereka dijamin dapat menyambung pengajian di IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja bidang atau universiti mana yang kita tawarkan kerana ia bergantung kepada kekosongan yang ada.

"Ini memandangkan sebelum ini kebanyakan mereka yang gagal dalam kemasukan terdahulu disebabkan ketika mengisi borang permohonan rata-rata mereka menyatakan mereka tidak akan menerima tawaran selain yang diminta," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment