My Add

Friday 27 July 2012

KWSP henti khidmat penamaan pos 1 Ogos

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menghentikan khidmat penamaan pos bermula 1 Ogos ini bagi melindungi kepentingan 13 juta ahlinya.

Menurut Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, langkah itu bertujuan melindungi rahsia dan ketulenan penamaan ahli selain melindungi maklumat sulit pada borang yang dihantar menerusi pos.

"Dengan membenarkan ahli sahaja menghantar borang tersebut ke cawangan KWSP, kami dengan mudah dapat mengesahkan ketulenan penamaan tersebut.

"Sementelah, KWSP boleh membuat pengesahan dengan ahli pada masa sama berhubung butir-butir penamaan seperti ejaan nama, butiran pengenalan dan peratus simpanan yang harus diagihkan sekiranya lebih daripada satu penama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment