My Add

Friday 27 July 2012

Wanita diselamatkan anak dalam kebakaran, meninggal

KUANTAN, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Wanita yang melecur di seluruh badannya meskipun dapat diselamatkan anaknya yang meredah api dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Cenderawasih pada 16 Julai lalu, meninggal dunia awal pagi ini.

Mangsa, Saidah Talib, 35, yang kritikal akibat kejadian itu meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) di sini pukul 4 pagi ini.

Sebelum ini, suami Saidah, Abdul Karim Mohamad, 39, yang turut melecur dalam kejadian itu menghembuskan nafas terakhir sehari selepas kejadian.

Ketua kampung berkenaan, Mohamad Karim berkata, jenazah mangsa telah dituntut keluarganya bagi urusan pengebumian di Kampung Merchong, Pekan.

"Arwah meninggal dunia selepas sembilan hari kematian suaminya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment