My Add

Saturday 14 July 2012

15,551 unit lampu tiruan dirampas

PULAU PINANG, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Sebanyak 15,551 unit lampu kereta berjenama Philips yang disyaki tiruan bernilai RM100,000 dirampas daripada dua premis pemborong menjual peralatan kereta di Taman Bunga Raya, Bukit Mertajam, semalam.

Ini merupakan rampasan pertama melibatkan kes lampu kereta tiruan di Pulau Pinang.

Serbuan di dua kedai tersebut dilakukan oleh sepasukan lapan pegawai penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Selan berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan Syarikat Philips Malaysia yang diwakili oleh Tetuan Rahmat Lim & Partners.

Katanya, dalam serbuan tersebut, 3,251 unit lampu kereta berjenama Philips yang disyaki tiruan ditemui di tempat menjual peralatan kereta dan bakinya disimpan dalam stor di premis terbabit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment