Oleh AZELI ALI
BUKIT MERTAJAM, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Tiga penjenayah bersenjatakan pistol menjadikan seorang pekerja sebuah kedai emas sebagai tebusan sebelum melarikan sejumlah barangan kemas bernilai hampir RM3 juta dalam rompakan di sebuah premis di dalam Pasar Raya Besar Carrefour Seberang Jaya di sini petang ini.
Semasa kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, tujuh pekerja dan seorang pelanggan berada di dalam kedai emas terbabit sebelum tiga suspek masuk dan berpura-pura ingin membeli rantai.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, ketiga-tiganya yang berusia 20 hingga 30 tahun itu, dipercayai warga asing kerana bertutur dalam bahasa Hokkien dan bahasa Melayu yang pelat.
"Semasa berpura-pura hendak membeli rantai, mereka tiba-tiba mengeluarkan tiga pucuk pistol dan mengarahkan kepada pekerja memasukkan barang kemas ke dalam beg yang dibawa," katanya ketika ditemui pemberita di pasar raya itu hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment