My Add

Saturday 21 July 2012

2 pemimpin UMNO sangkal dakwaan jual tanah harga tinggi

PULAU PINANG, JUMT, 20 Julai, 2012: Dua pemimpin UMNO Pulau Pinang menyangkal dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Abdul Halim Hussain mengenai penjualan tanah seluas 4.04 hektar milik penduduk Kampung Terang di Balik Pulau kepada pemaju dengan harga RM13.5 juta pada Mei lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar menafikan tuduhan Abdul Halim itu dan menyifatkan ia pembohongan bagi mencari publisiti.

Menurut Omar, dakwaan Abdul Halim bahawa syarikatnya, Aseania Group Sdn. Bhd. (Aseania Group) membuat keuntungan dalam masa empat bulan dengan menjual tanah penduduk pada harga RM13.5 juta pada Mei lalu selepas dibeli dengan harga RM8.5 juta pada Januari lalu adalah tidak berasas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment