My Add

Saturday 21 July 2012

Elemen JI cuba meresapi parti pembangkang

SHAH ALAM, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Kementerian Dalam Negeri akan memantau pendedahan Cawangan Khas Bukit Aman mengenai pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis cuba meresapi parti pembangkang dan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, maklumat itu mungkin diperoleh daripada badan atau agensi perisikan antarabangsa dan sangat sensitif serta tidak boleh dikongsi dengan orang ramai sehingga selesai siasatan.

Beliau berkata, walaupun tidak dapat mengesahkan maklumat tersebut pihaknya percaya perkara itu masih terkawal dan akan ditangani Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Setakat ini, saya tidak terima maklumat berhubung kaitan ini (JI dengan parti pembangkang). Jadi, saya tidak boleh katakan ia benar kerana perkara ini sensitif," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment