My Add

Thursday 12 July 2012

SPR permudah hantar borang pendaftaran pemilih luar negara

KUALA LUMPUR, RABU, 11 Julai, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju memudahkan urusan penghantaran borang pendaftaran pemilih (borang A) bagi rakyat Malaysia di luar negara yang masih belum berdaftar sebagai pemilih.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, keputusan itu dibuat selepas SPR mengambil kira maklum balas yang diterima daripada mereka.

Beliau berkata, pemohon yang hendak mendaftar sebagai pengundi biasa atau pengundi tidak hadir hendaklah mengambil beberapa langkah ditetapkan.

''Mereka perlu mengisi Borang A, mengisi lampiran maklumat tambahan, menyertakan salinan MyKad atau pasport antarabangsa.

''Selain itu, turut dikehendaki ialah salinan kad pelajar atau surat pengesahan sebagai pelajar jika pemohon ialah pelajar sepenuh masa,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment