My Add

Friday 20 July 2012

50% peruntukan kementerian telah dibelanja - Rais

*RAIS Yatim bersalaman dengan hadirin pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi tahun 2011 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah berjaya membelanjakan hampir 50 peratus daripada peruntukan berjumlah RM1.7 bilion yang disediakan oleh kerajaan Pusat kepada kementerian itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, baki peruntukan itu akan digunakan sebaik mungkin bagi perbelanjaan pentadbiran oleh 18 bahagian dalam kementerian tersebut sebelum penghujung tahun ini.

"Jumlah perbelanjaan itu mencerminkan kegigihan kementerian dan menandakan pencapaian seimbang sesuai dengan keperluan, arahan serta perbendaharaan oleh jemaah menteri sendiri," katanya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan 2011 di Istana Budaya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment