My Add

Friday 20 July 2012

Struktur semula pemberian subsidi

*KHAIRY Jamaluddin (tengah) diiringi Exco Pemuda Barisan Nasional, Datuk Reezal Merican Naina Merican (dua dari kiri) dan Ketua Pemuda PPP, Harris Mohan (dua dari kanan) bersama penerima biasiswa BNYES di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 Julai, 2012:Kerajaan dicadang menstrukturkan semula pemberian subsidi kepada rakyat bagi membolehkan ia disalurkan terus kepada golongan sasaran.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaludin berkata, langkah berkenaan perlu bagi menjamin pembangunan ekonomi yang mapan dan berdaya saing dalam usaha merealisasikan hasrat menjadi negara maju menjelang 2020.

Katanya, langkah penstrukturan itu perlu dibuat memandangkan pemberian subsidi sedia ada dilihat tidak begitu proaktif apabila didapati lebih memberi faedah kepada golongan berpendapatan tinggi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment