My Add

Friday 20 July 2012

Sultan Mizan mahu lebih ramai penyelidik muda

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 19 Julai - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berharap lebih ramai rakyat Malaysia khususnya penyelidik muda menyertai usaha membongkar misteri saintifik yang tersembunyi di benua Antartika.

Baginda bertitah, penerokaan dan penemuan itu perlu dilakukan secara berterusan kerana banyak lagi rahsia di benua itu yang belum didedahkan.

"Antartika menyediakan satu peluang yang baik untuk menjalankan penyelidikan saintifik yang bermanfaat bagi manusia.

"Benua itu juga merupakan makmal asli yang penting dan membolehkan penyelidik mengesan dan memantau fenomena alam sekitar di peringkat global seperti penipisan ozon atmosfera, pemanasan global serta perubahan paras laut," titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa melancarkan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment