My Add

Saturday 21 July 2012

7 warga asing ditahan ekoran kes curi berlian

SHAH ALAM SABTU, 21 Julai, 012: Polis menahan tujuh warga asing semalam kerana disyaki terbabit dalam kes mencuri barang kemas berlian dianggarkan bernilai hampir RM2 juta dari seorang wanita Hong Kong di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata mereka yang terdiri daripada tiga warga Costa Rica termasuk seorang wanita, dua anak beranak dari Colombia, seorang wanita Mexico dan seorang wanita Uganda ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Semantan, Kuala Lumpur pada 2.25 petang.

"Polis turut merampas 309 pelbagai jenis barangan kemas yang dianggarkan bernilai hampir RM2 juta daripada mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini. 

Tun Hishan berkata, dua daripada mereka iaitu lelaki Colombia berumur 29 tahun dan wanita Uganda, adalah pelajar di dua kolej swasta di Selangor, dan yang lain terdiri daripada pelancong.

"Semua mereka yang berumur antara 25 hingga 48 tahun itu ditahan hasil risikan dan maklumat awam," katanya.

Beliau berkata, tindakan tersebut diambil berikutan laporan polis yang dibuat seorang pengurus syarikat barangan kemas di Hong Kong bahawa sebuah beg miliknya yang berisi barang kemas berlian dan diletakkan di sebuah troli dicuri ketika sedang berurusan di kaunter di KLIA pada 6.35 petang Rabu lalu.

"Wanita itu baru tiba di negara ini untuk menghadiri pameran barangan kemas di ibu negara yang diadakan Khamis lalu," katanya.
Beliau berkata, polis turut memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan KLIA mengenai kejadian itu.

"Polis juga sedang menyiasat sama ada suspek-suspek ini turut terbabit dengan kes lain seperti mencuri kelengkapan dari hospital," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment