My Add

Saturday 21 July 2012

Nelayan temui mayat mangsa helikopter terhempas

KUCHING, SABTU, 21 Julai, 2012: Nelayan pagi tadi menemui mayat juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 21, salah seorang daripada tiga penumpang yang hilang selepas pesawat Eurocopter EC 120 yang mereka naiki jatuh terhempas dekat muara Lingga, Sri Aman, semalam. 

Mengesahkan demikian, Timbalan Pesuruhjaya polis Sarawak, SAC Datuk Law Hong Soon, berkata mayat Siti Khuzaimah, yang dihanyutkan arus deras Batang Lupar, dijumpai kira-kira pukul 11.10 pagi. "Mayat sudah dibawa ke Sebuyau untuk dihantar ke hospital terdekat di Simunjan bagi tujuan bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini. 

Law berkata, gerakan tiga pihak mencari dan menyelemat yang diselaraskan dari udara, darat dan laut ditingkatkan dalam usaha mencari dua lagi penumpang helikopter itu, jurutera Pepter Ato Mayau, 53, dari Sebiro Holdings dan arkitek Henry Lau Tee Yong, 42, yang masih belum ditemui. 

Jabatan Penerbangan Awam mengerahkan kakitangannya ke kawasan kemalangan, kira-kira 150km dari sini bagi menyiasat punca nahas, manakala siasatan awal mendapati helikopter milik Sebiro itu tenggelam sebaik sahaja terhempas. 

Nelayan menyelamatkan juruterbang pesawat malang tersebut, Rico Steger, 35, berasal dari negara Jerman, yang berenang selama empat jam di arus deras selepas nahas berlaku. 

Juruterbang itu sedang mengangkut ketiga-tiga mangsa dari Kuching untuk membuat tinjauan satu projek di Nanga Merit, Kapit, kira-kira 2 petang semalam apabila ia terhempas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment