My Add

Friday 20 July 2012

Ada tokoh politik burukkan negara

*PELBAGAI ragam anak muda dapat dirakamkan pada majlis penutup Kempen Jalur Gemilang peringkat Negeri Perak di Litar Datuk Sagor, Pasir Salak, semalam. - BERNAMA

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
PASIR SALAK, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Seluruh rakyat di negara ini diajak bersatu menentang anasir mahupun puak-puak yang cuba menghina, mengherdik serta merendah-rendahkan Malaysia di luar negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan menghina serta memburukkan nama Malaysia itu seolah-olah menunjukkan ketidaksetiaan kepada negara.

"Ada tokoh politik dari Malaysia memburukkan nama negara apabila berada di luar negara. Soal peribadi dengan mana-mana pemimpin itu tetap soal peribadi, tetapi jangan politikkan semua perkara yang ada di Malaysia.

"Soal dasar, soal cabang, soal furu', jangan dibangkitkan. Soal ketaatsetiaan kepada Malaysia, memang mereka menyatakan mahu taat tetapi apabila memburukkan nama negara dan menghina negara kita di luar negara, ertinya orang itu semacam tidak taat setia kepada negara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment