My Add

Tuesday 3 July 2012

Anggota polis cedera parah ditembak

JOHOR BAHRU, ISNIN, 02 Julai, 2012: Seorang anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Nusajaya bertarung nyawa selepas ditembak empat kali di luar sebuah pusat hiburan di Nusa Bestari pagi tadi.

Konstabel Snilus Lembik, 24, yang berasal dari Salim, Sibu, Sarawak ditembak apabila seorang lelaki merampas pistolnya dan menembak bahagian perutnya sebanyak empat kali.

Kejadian berlaku kira-kira 4 pagi apabila dikatakan timbul satu pergaduhan antara mangsa dengan lelaki tersebut yang dipercayai mabuk selepas minum di pusat hiburan itu yang terletak di tingkat satu premis berkenaan, ketika berlangsung perlawanan akhir Piala Euro 2012 antara Sepanyol dan Itali.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment